fb fb fb fb fb

Izzah fokus perbaiki ranking dunia

SEPANG, 10 Ogos- Gimnas negara, Izzah Amzan tekad menutup musim 2022 dengan menduduki ranking terbaik dalam Kejuaraan Dunia di Bulgaria September ini.

Atlet berusia 22 tahun kini dalam momentum positif selepas berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Komanwel Birmingham baru-baru ini.

Sasarannya adalah untuk menembusi ranking 50 terbaik dunia pada penampilan ketiga di kejohanan itu.

"Pencapaian pertama Izzah all-around tempat ke-67, yang kedua 57, jadi kalau kali ini pergi Izzah harap untuk memperbaiki ranking dunia," katanya.

Jelas atlet muda itu, peluang untuk merealisasikan sasarannya dilihat cerah, selepas gimnas Rusia dan Belarus tidak akan menyertai kejohanan tersebut.

Izzah ditemui media di KLIA, Sepang selepas tiba dari Birmingham.


(Aksi atlet gimrama negara, Izzah Amzan ketika acara final belantan pada temasya Sukan Komanwel
di Arena Birmingham /REUTERS)

Media Baharu