fb fb fb fb fb

Marcus sasar beralih ke peringkat profesional sukan golf dua tahun lagi

(MARCUS LIM)

KAJANG, 10 Ogos - Pemenang pingat emas golf Sukan SEA Vietnam 2021, Marcus Lim bercadang untuk beralih karier daripada peringkat amatur ke profesional dalam tempoh dua tahun lagi.

Marcus bercadang untuk menamatkan pengajian di Universiti Sacred Heart, Amerika Syarikat sebelum memulakan kerjaya sebagai pemain golf profesional.

Bagi beliau, tempoh dua tahun berkenaan juga akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman bermain di kejohanan amatur.


(Marcus Lim ditemu bual media selepas majlis penyampaian hadiah Jelajah Satelit PGAM kali ke-14
di Kelab Golf Impian, Kajang, Selangor)

"Perancangan saya, mungkin lagi dua tahun selepas belajar,selepas itu diharap permainan saya masih bagus, teruskan menjadi lebih baik, mungkin beralih ke profesional selepas saya menghabiskan pengajian," kata beliau ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Jelajah Satelit PGAM kali ke-14 di Kelab Golf Impian, di sini hari ini.

Marcus kini dalam persiapan untuk menyertai Kejohanan Golf Amatur Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Media Baharu