fb fb fb fb fb

Piala AFC: KL City FC mara ke ke final zon Asean, tewaskan Viettel FC

(Aksi perlawanan bolasepak Piala AFC di antara KL City menentang Viettel FC di Stadium Thong Nhat)  

HO CHI MINH, 10 Ogos - Penjaga gol KL City FC, Azri Ghani menjadi wira pasukan selepas aksi cemerlangnya membantu pasukan itu mara ke final zon Asean menewaskan wakil Vietnam, Viettel FC pada aksi bolasepak Piala AFC.

Dua tendangan penalti diselamatkan beliau memastikan KL City mara dengan keputusan 6-5 dalam perlawanan yang berlarutan ke penentuan sepakan penalti.

Aksi berlangsung di Stadium Thong Nhat itu menyaksikan peluang kedua-dua pasukan banyak hadir pada separuh masa pertama.

Viettel memperoleh peluang terbaik menerusi pemain tengah Uzbekistan, Jakhongir Abdumuminov manakala percubaan KL City banyak hadir menerusi kapten, Paulo Josue.


(Aksi perlawanan bolasepak Piala AFC di antara KL City menentang Viettel FC di Stadium Thong Nhat)  

Kebuntuan kedua-dua pasukan mencari gol kemudian memaksa perlawanan di heret ke masa tambahan dan akhirnya berlarutan ke penentuan sepakan penalti.

Paulo Josue, Hadin Azman, Romel Morales, Giancarlo Gallifuoco, Zhafri Yahya and Akram Mahinan masing-masing berjaya menyempurnakan tendangan penalti.

KL City bakal berdepan PSM Makassar dalam aksi final zon Asean pada 24 Ogos ini.

Sekiranya menang, skuad kendalian Bojan Hodak bakal berdepan kelab India, ATK Mohun Bagan dalam aksi separuh akhir antara zon pada 7 September depan.

Media Baharu