fb fb fb fb fb

Liga Super : JDT kukuh di puncak

(FOTO MFL)

KUALA NERUS, 11 Ogos- Johor Darul Ta'zim FC JDT terus unggul di persada liga apabila membenam cabaran tuan rumah Terengganu FC TFC 2-1 malam tadi.

Pertemuan kedua-dua Finalis Piala FA 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan permainan menarik dengan beberapa percubaan menarik.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa menunggu hingga ke minit-32 untuk gol sulung berpunca kelalaian pertahanan TFC yang menyaksikan penyerang utama JDT Bergson Da Silva mudah menewaskan penjaga gol TFC Rahadiazli Rahalim untuk kedudukan 1-0 dan kekal hingga tamat separuh masa.

Sejurus bermula babak kedua, TFC terus memburu gol penyamaan, namun pada minit ke-47 anak-anak buah Ketua Jurulatih TFC Mohd Nafuzi Zain dihukum lagi menerusi jaringan Fernando Forestieri menjadikan kedudukan 2-0.

Enggan berputus asa di hadapan lebih 13,000 penyokong, TFC berjaya mendapatkan gol pertama mereka di minit ke-51 berpunca dari sepakan percuma menerusi pemain gantian Hakimi Abdullah untuk kedudukan 1-2.

Tamat perlawanan TFC tewas 1-2 kepada JDT FC.


(Kedudukan terkini Liga Super / Infografik MFL)

Media Baharu