KUALA LUMPUR, 6 Jun- Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula dalam sukan teras Malaysia.
Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.
Jelasnya, ini susulan prestasi cemerlang ditampilkan skuad negara pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bulan lalu.
Selain berjaya menarik perhatian peminat sukan tanah air yang hadir ke Stadium Titiwangsa pada piala berprestij tersebut.
Datuk Sumali berharap KBS serta Majlis Sukan Negara mempertimbang secepat mungkin untuk menyenaraikan sukan berkenaan ke dalam sukan teras, demi memastikan pembangunan atlet sepak takraw kebangsaan.
Pada 22 Mei lalu, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas menjuarai acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0