fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Indonesia: Jun Hao terus lakar kejutan

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao/ Foto Facebook BAM

JAKARTA, 6 Jun-Pemain perseorangan lelaki negara , Leong Jun Hao meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua di sini, hari ini.

Pemain ranking ke-32 itu berdepan cabaran getir sebelum menundukkan Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17 dalam tempoh 67 minit di Istora Senayan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Selepas ini Jun Hao dijadual menentang juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China, esok.

Shi Feng, pemain pilihan keenam kejohanan menewaskan Christo Popov dari Perancis 21-11, 21-13, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Sementara itu beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas menentang beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD