fb fb fb fb fb

Sukan platform terbaik satukan rakyat

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Sukan merupakan platform terbaik yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat, sekali gus menepati semangat Malaysia MADANI.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini menerusi sokongan padu masyarakat yang tidak berbelah bahagi kepada atlet tanah air.

"Sukan dilihat mampu menyatupadukan seluruh lapisan rakyat menerusi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada atlet tanahair yang berjuang di pentas saingan antarabangsa.

"Saya berharap agar media dan para penulis sukan terus komited dalam tugas mereka selain berpegang kepada prinsip kewartawanan yang adil dan laporan yang tidak berat sebelah," kata Zahid.

Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 di Hotel Seri Pacific, di sini.

Penganjuran majlis itu bagi mengiktiraf pencapaian para atlet yang telah berkorban mengharumkan nama negara selain memartabatkan warga kewartawanan sukan di negara ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

TETITIA YUSOFF