fb fb fb fb fb

Kejuaraan Rali Dunia 2025 ditentukan di Arab Saudi

FOTO REUTERS

JEDDAH, 27 November - Kejuaraan Rali Dunia (WRC) tahun ini akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Arab Saudi, dengan hanya tiga mata memisahkan Elfyn Evans dan Sebastien Ogier.

Evans sebelum ini mendahului carta pendahulu, tetapi kelebihannya semakin dipintas oleh Ogier, yang memenangi tiga daripada empat acara terakhir, dengan Evans menjadi naib juara dalam kesemuanya.

Pelumba Wales berusia 36 tahun itu pernah menamatkan empat daripada lima kejuaraan dunia terakhir di tempat kedua, tetapi masih belum pernah meraih gelaran tertinggi sukan ini, manakala Ogier dari Perancis berusaha untuk merangkul gelaran kesembilan, sekaligus yang pertama sejak 2021.

Menambah lagi keghairahan, pelumba Finland, Kalle Rovanpera, turut mempunyai peluang tipis untuk meraih kejuaraan, tetapi memerlukan kedua-dua Ogier dan Evans menghadapi kesukaran di padang pasir sekitar Jeddah.

Rali Arab Saudi buat pertama kali menjadi sebahagian daripada WRC, menggabungkan kelajuan padang pasir terbuka dengan kesukaran teknikal kawasan berbatu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE