fb fb fb fb fb

Aksi persabahatan: Uruguay belasah Mexico 4-0

FOTO REUTERS

DENVER, 6 Jun- Darwin Nunez menjaringkan hatrik membantu Uruguay membelasah Mexico 4-0 dalam perlawanan persahabatan pemanas badan menjelang aksi Copa America di Denver pada Rabu.

Penyerang Liverpool, Nunez menjaringkan gol pada minit ketujuh, 44 dan 49 sementara Facundo Pellistri menjaringkan satu lagi gol untuk Uruguay pada malam yang menyedihkan buat Mexico di Empower Field Denver di Colorado.

Selepas ini, Mexico akan berdepan satu lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Brazil di College Station di Texas pada Sabtu.

Ia akan menjadi perlawanan terakhir mereka sebelum Copa America bermula akhir bulan ini.

Sementara itu, Uruguay akan menuju ke Copa America dengan penuh keyakinan selepas menewaskan Mexico dengan mudah.

Kemenangan pada hari Rabu adalah perlawanan terakhir Uruguay sebelum mereka menentang Panama pada aksi pembukaan Kumpulan C Copa America, 23 Jun nti .

Kumpulan C turut merangkumi Amerika Syarikat dan Bolivia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE