fb fb fb fb fb

Sukan SEA: Skuad pencak silat hadiahkan Emas ketujuh buat negara

HANOI, 11 Mei - Skuad pencak silat negara menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen negara dalam temasya Sukan Sea Hanoi.

Ia diperoleh Muhammad Taqiyuddin Hamid - Sazzlan Yuga dalam acara Seni Ganda Lelaki yang berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Kejayaan itu membolehkan, Malaysia terus mengungguli carta pungutan pingat dengan tujuh emas, dua perak dan satu gangsa.

Petang ini, pasukan negara berpeluang menambah dua lagi emas dalam acara terjun.

Media Baharu