fb fb fb fb fb

KDA FC akan saman pihak sebar fitnah

ALOR SETAR, 11 Mei- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana pihak yang menyebar fitnah kononnya aksi hambar pasukan itu berpunca daripada masalah tunggakan gaji.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA menjelaskan, beliau telah dimaklumkan pengurusan KDA FC bahawa tiada sebarang tunggakan gaji melibatkan pasukan berkenaan.

"Saya dah tanya, KDA FC dah maklumkan saya tadi, tidak ada tunggaklan gaji dan mereka sedang menyediakan notis saman kepada pihak yang menularkan kononnya KDA FC tak bayar gaji.

Tunggu surat saman sahaja, selamat menjawab di mahkamah kepada pihak yang sengaja memfitnah," katanya dalam sidang media di sini.

(Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)

Mengulas mengenai prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan, beliau turut menyatakan rasa kurang gembira dengan situasi berkenaan.

Beliau berharap agar ketua jurulatih dan pemain menentukan prestasi agar skuad hijau kuning terus bangkit mengumpul mata dan berada di kedudukan terbaik liga.

Untuk rekod, KDA FC tewas berturut-turut dalam tiga perlawanan menentang Sabah FC, Selangor FC dan Melaka FC.

Skuad itu juga sekadar mencatat keputusan seri tiga sama menentang PJ City FC malam tadi.

Media Baharu