HANOI, 11 Mei- Skuad terjun terus memberi perkhabaran gembira apabila satu lagi pingat emas diperoleh dalam acara Springboard 3 meter lelaki.
Terjunan konsisten Muhammad Syafiq Puteh membolehkannya merangkul pingat emas kelapan negara dengan mengumpul mata tertinggi 381.35.
Muhammad Syafiq mempamerkan aksi menarik pada terjunan kelima manakala markah tertinggi 70.0 diraih pada terjunan ketujuh sekaligus memungut mata tertinggi keseluruhan.
(Syafiq Puteh beraksi pada acara akhir 3 meter papan anjal lelaki di My Dinh Water Sports Stadium)
Rakan senegara Gabriel Gilbert Daim pula memenangi perak dengan 357.30 mata dan gangsa milik penerjun Thailand, Chawanwat Juntaphadawon yang mengumpul 340.35 mata.