fb fb fb fb fb

Sukan SEA: Sasaran Malaysia dalam kedudukan tiga terbaik cerah

HANOI, 11 Mei - Sasaran kontinjen Malaysia untuk berada di kelompok tiga teratas dari segi jumlah pungutan pingat pada Temasya Sukan SEA Hanoi tampak cerah.

Perkara itu dijelaskan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad yang melihat Malaysia kini berada pada landasan baik.

Beliau berharap atlet-atlet dari acara sukan lain mampu mengikuti jejak langkah dan semangat dipamerkan skuad terjun negara yang sudah pun menyumbang enam pingat emas.


(Ketua Kontinjen CDM Malaysia Sukan SEA, Datuk Nur Azmi Ahmad ketika ditemui media di sini)

"Ini memberi semangat dan peluang kepada atlet-atlet lain yang telah datang dan baru datang, supaya ia dapat memastikan setiap hari kita mempunyai pingat emas, walaupun satu atau pun dua butir pingat emas, supaya kedudukan sasaran kita 36 itu tercapai," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama media di Hanoi Club, di sini.

Malaysia kini masih berada ditangga pertama selepas tiga hari dengan pungutan enam pingat emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa sekali gus mengumpul 13 mata keseluruhan.

Manakala di tempat kedua, tuan rumah Vietnam yang sudah pun mengumpul empat pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat gangsa.

Media Baharu