fb fb fb fb fb

Sukan SEA Pekak: Malaysia raih emas pertama

Aidil A. Asyraf Juakim

JAKARTA, 22 Ogos -  Kontinjen Malaysia membuka tirai pungutan pingat pertama emas Sukan SEA Pekak 2025 menerusi pelari negara, Azlan Kuste (peserta 004) menjuarai acara 800 meter lelaki di Pusat Pelatihan Olahraga Pelajar (PPOP) Ragunan, Jakarta Selatan.

Dia melakar catatan 2 minit 3.97 saat, rakan sepasukan Aidil A. Asyraf Juakim (peserta 001), turut menghadiahkan perak buat kontinjen negara dengan catatan masa 2 minit 5.21 saat

Tempat ketiga, peserta Brunei MD Amiruddin Md Zain dengan catatan 2 minit 12.20 saat.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI