COLORADO, 22 Ogos- Freddie Freeman dan Andy Pages masing-masing melakukan pukulan home run serta dua pukulan bagi membantu Los Angeles Dodgers menewaskan Colorado Rockies 9-5 dalam aksi Major League Baseball (MLB).
Alex Freeland merekodkan tiga pukulan manakala Mookie Betts menyumbang dua pukulan untuk Dodgers.
Dodgers bermula garang apabila Freeman memukul home run sejauh 451 kaki pada inning pertama selepas Betts membuka dengan walk, menjadikan kedudukan 2-0.
Colorado merapatkan jurang menerusi larian Tyler Freeman sebelum Dodgers menggandakan kelebihan dengan siri pukulan Pages, Alex Call, Miguel Rojas dan Betts untuk mendahului 5-1.
Dodgers melakar sekurang-kurangnya satu larian dalam lima inning pertama untuk membantu Clayton Kershaw yang hanya melepaskan tiga larian daripada enam pukulan.
Brenton Doyle menyumbang dua pukulan termasuk satu home run dan memacu empat larian untuk Rockies, manakala Jordan Beck turut menambah dua pukulan.
Dollander (2-10) hanya bertahan 3 2/3 inning selepas dibelasah tujuh larian daripada sembilan pukulan.
Dodgers terus menambah jaringan menerusi home run ke-21 Pages pada inning kelima dan pukulan RBI Will Smith pada inning kelapan.
Doyle menambah satu larian pada inning keenam sebelum memukul home run dua larian sejauh 442 kaki di inning kelapan, namun Rockies tetap akur dengan kekalahan.
Sekaligus kemenangan pertama buat Dodgers selepas seri empat perlawanan kelibat Shohei Ohtani.
Ohtani terpaksa diketepikan sehari selepas terkena bola pantulan ketika melakukan balingan.