AMPANG, 22 Ogos- Lebih 300 peserta mengesahkan penyertaan pada kejohanan bina badan Malek Noor Enrich Classic yang berlangsung Jumaat hingga Sabtu ini.
Edisi ini memperkenalkan kategori baharu iaitu 'First Timer', khusus untuk peserta yang pertama kali menyertai pertandingan bina badan.
Hampir 60 peratus daripada keseluruhan penyertaan datang daripada kategori ini.
Kejohanan ini turut diadakan sebagai penghormatan kepada legenda bina badan negara, Datuk Malek Noor, yang dilantik sebagai duta.
Datuk Malek Noor menzahirkan ucapan penghargaan kepada penganjur program yang menjadikan beliau duta kejohanan berkenaan.
'terima kasih kepada enrich fitness centre dan mr.kumar yang kata orang memberi satu penghormatan kepada saya sendiri, mereka salah satu persatuan yang cukup bangga dengan kejayaan saya sebagai seorang bina badan tahun 85 sehingga tahun sekaranglah' katanya.
Beliau berharap kejohanan bina badan ini mampu menjadi platform utama dalam melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.
Untuk rekod, Datuk Malek Noor pernah merangkul gelaran Mr. Asia sebanyak enam kali dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa sekitar era 1980-an serta awal 1990-an.