fb fb fb fb fb

Sukan SEA: Malaysia, Thailand bertemu lebih awal

KUALA LUMPUR, 23 April- Pasukan sepak takraw lelaki negara perlu bertembung dengan musuh tradisi Thailand lebih awal bagi acara regu dan berpasukan pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam.

Dalam acara regu, selain Malaysia dan Thailand, tuan rumah turut diletakkan dalam kumpulan C dengan dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.

Malaysia juga berdepan Thailand dalam acara berpasukan lelaki apabila diletakkan dalam Kumpulan A yang turut melibatkan tuan rumah dan Kemboja dalam format liga sepusingan itu.

Dalam pada itu, majlis undian semalam turut menyaksikan skuad negara diundi dalam Kumpulan E bagi acara beregu lelaki bersama Indonesia dan Kemboja.

Skuad wanita negara pula perlu bersaing dengan penyandang emas Thailand selain Vietnam dan Laos bagi acara regu berpasukan dalam Kumpulan A.

Peluang skuad negara dilihat tipis untuk meraih pingat bagi acara regu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja serta sekali lagi diundi bersama Thailand dan Myanmar bagi acara quadrant.

Tiada kilauan emas dalam radar sasaran skuad sepak takraw negara yang mempertaruhkan lebih 80% pemain muda bagi menggalas cabaran pada temasya dwitahunan itu.

(Pasukan sepak takraw lelaki negara)

Kali terakhir skuad sepak takraw negara merangkul pingat emas adalah pada Sukan SEA edisi 2017 di Kuala Lumpur yang menyaksikan dua emas diraih menerusi acara regu lelaki dan 'chinlone linking'.

Sukan SEA Hanoi berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.

Media Baharu