fb fb fb fb fb

Sukan Sea Hanoi: tidak mustahil atlet peroleh pingat lebihi sasaran

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Kontinjen negara diharap mempamerkan aksi terbaik dalam Sukan Sea Hanoi yang akan berlangsung bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin atlet mampu memperoleh pingat emas melebihi sasaran sekiranya mereka memberikan fokus dan semangat sepenuhnya.

"Saya kira pesanan daripada saya untuk mereka memberi persembahan yang terbaik mereka yang akan mereka persembahkan dalam kejohanan yang akan datang saya harap seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu,kita doakan mereka bebas dari kecederaan dan jika itu berlaku saya percaya sasaran kita akan diperolehi dan tidak mustahil kita perbaiki dengan sasaran itu dengan membawa pulang lebih daripada 76 pingat emas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi ramah mesra Aidilfitri bersama atlet di Pavilion MSN bersama atlet negara sebelum berlepas ke Hanoi.

Sambutan itu juga bagi memberi semangat dan motivasi kepada para atlet yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk SeriTi Lian Ker, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara(MSN),Datuk Ahmad Safawi Ismail dan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama isteri pada sesi ramah mesra Aidilfitri bersama atlet di Pavilion MSN)

Media Baharu