fb fb fb fb fb

Skuad futsal lelaki kebangsaan diumumkan, dua pemain baharu bakal beraksi

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Seramai 16 pemain futsal lelaki yang akan menggalas tugas skuad negara pada temasya Sukan SEA Hanoi, bulan ini diumumkan.

Berdasarkan senarai itu, empat pemain daripada skuad 16 yang dibawa ke Bangkok bagi menghadapi Kejuaraan Futsal A-F-F 2022 pada awal April lalu dikekalkan.

Perkara itu diumum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)menerusi muat naik di Facebook.

Dua pemain baharu dipanggil adalah Syed Aizad Daniel Syed Nasir dan Aqil Khalis Adli Khairuz.


(Senarai 16 pemain futsal lelaki yang akan menggalas tugas skuad negara pada temasya Sukan SEA Hanoi)

Acara futsal di Sukan SEA akan dijalankan secara format liga sepusingan dari 11 hingga 20 Mei ini.

Malaysia akan membuka tirai saingan berdepan Thailand pada 11 Mei, diikuti aksi berikutnya bertemu Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Semua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.

Esok, skuad futsal lelaki negara dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebelum ke Hanoi, Ahad ini.

Media Baharu