fb fb fb fb fb

Deaflympic: 11 atlet negara sertai lima acara sukan

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Seramai 11 atlet yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita mengambil bahagian dalam kejohanan Deaflympic Games yang berlangsung sehingga 16 Mei ini di Caxias do Sul, Brazil.

Kontinjen diketuai Presiden M-S- Deaf iaitu Ong Shin Ruenn.

Turut mengiringi, 18 pegawai termasuk Pengurus, Jurulatih, Ahli Fisioterapi dan Pegawai Majlis Sukan Negara.

Kontinjen Pekak Malaysia akan mengambil bahagian dalam lima jenis acara sukan iaitu badminton, olahraga, karate, basikal lebuhraya dan basikal bukit.

Cabaran kejohanan dimulakan dengan acara badminton dan karate dan diikuti acara basikal lebuhraya pada 4 Mei.

Manakala acara basikal bukit pada 10 Mei dan acara olahraga pada 7 Mei ini.

Manakala acara tenpin bowling akan dianjurkan di Malaysia pada 10 hingga 20 Oktober nanti.

Atet karate V. Yilamaran diberi penghormatan sebagai pembawa jalur Gemilang Kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan yang berlangsung semalam.



Media Baharu