fb fb fb fb fb

Datuk Azizulhasni tunjukkan pemulihan, moga cepat sembuh- Faizal Azumu

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kagum dengan semangat kental ditunjukkan jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang baru menjalani pembedahan akibat masalah jantung.

Atlet terbabit menjalani pembedahan jantung yang mengancam nyawa 21 April lepas di Australia.

Ahmad Faizal memaklumkan Azizulhasni merupakan taruhan utama negara untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketika ini, atlet dengan jolokan the Pocket Rocket Man itu menunjukkan pemulihan cukup baik untuk kembali meneruskan latihan dalam masa beberapa bulan lagi.

"Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau yang paling saya kagum ialah setelah pembedahan beliau telah menunjukkan 'recovery' yang cukup-cukup hebat dalam masa tiga hari beliau telah mampu berjalan dalam masa seminggu beliau telah dibenarkan pulang ke rumah an kita doakan beliau segera sembuh dan beliau dapat menjalani latihan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi ramah mesra Aidilfitri bersama atlet di Pavilion MSN bersama atlet negara sebelum berlepas ke Hanoi.

Semalam, Azizulhasni mengumumkan telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali AAORCA, di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.


(Azizulhasni menjalani pembedahan jantung terbuka di Hospital Epworth Richmond, Melbourne)

Media Baharu