fb fb fb fb fb

Permohonan MSC: MOM belum muktamadkan keputusan

PETALING JAYA, 2 Mei- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih meneliti permohonan Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) untuk menjadi ahli gabungan badan induk tersebut.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakari menegaskan pihaknya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan bagi mengelak perkembangan sukan berkenaan di peringkat akar umbi terjejas.

Menurutnya, perkembangan sukan sepak takraw di peringkat kebangsaan harus diberi fokus sebelum beralih ke peringkat antarabangsa.

"Kita dah terima dari segi permohonan mereka tapi seperti apa yang saya katakan proses kita menerima sebagai ahli gabungan mengambil masa kerana kita ada lembaga eksukutif dan ahli majlis. Proses ini sedang berlaku dan kita juga melihat perkembangan tersebut bukan di dunia tetapi khususnya perkembangan di negara ini. Hari ini kita PSM dan MSC, kita melihat keadaan itu dengan teliti dan kita akan buat keputusan dalam sedikit masa lagi.

Norza turut menasihatkan persatuan sukan tanah air supaya tidak berpolitik ketika menerajui sesebuah badan sukan.

Pembangunan sukan perlu diberi perhatian agar tidak menjejaskan bakat di tanah air.

Arena sepak takraw negara dibelenggu krisis apabila Persekutuan Sepak Takraw Asia menyingkirkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan mereka tahun lalu.

Isu mengenai dua badan induk kebangsaan belum lagi selesai dengan MOM dilapor masih mengiktiraf PSM sebagai ahli gabungan.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu