fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi : Skuad B-23 berdepan Juara 16 kali Thailand malam ini

NAM DINH, 7 Mei - Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara akan turun bertemu juara 16 kali, Thailand dalam pertemuan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong, malam ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lalu.


(Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara akan bertemu Thailand
dalam pertemuan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong, malam ini)

Malaysia seterusnya akan bertemu Laos pada Rabu (11 Mei), Singapura pada Sabtu (14 Mei), dan Kemboja (16 Mei).

Saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam bersama-sama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir pada 19 Mei.

Media Baharu