fb fb fb fb fb

The Reds mahu benam Real Madrid

LONDON, 6 Mei - Penyerang Liverpool, Mohamed Salah bersedia untuk misi 'membalas dendam' menentang Real Madrid di pentas akhir yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.

Real Madrid pernah menundukkan Liverpool pada aksi final, 4 tahun lalu, yang berkesudahan 3-1.

Real pernah menjulang 13 gelaran Liga Juara-Juara, manakala The Reds meraih 6 gelaran.

"Kami pernah kalah (Liga Juara-Juara Eropah) pada final (2018). Hari yang cukup menyedihkan untuk kami. Jadi inilah masa untuk membalas dendam.

"Kami mampu bawa pulang 3 trofi dalam genggaman. Piala FA dan Liga Juara-Juara antara yang kami bersaing. Satu lagi trofi (Liga Perdana Inggeris), bergantung jika (Manchester) City jatuh mata, namun saya optimis ia mampu direalisasikan," kata Mohamad Salah selepas menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Speak (FWA).

(FOTO AFP)

Ini adalah kali kedua Salah dinobat anugerah sama, selepas meraih trofi berkenaan empat tahun lalu.

Dia memperoleh 48 peratus undian mendahului Kevin De Bruyne dari Manchester City dan pemain tengah West Ham, Declan Rice.

Media Baharu