fb fb fb fb fb

Sukan SEA Vietnam 2021: Siti Rahmah tekad julang emas terakhir sebelum bersara

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Jaguh pesilat wanita negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir tekad menutup karier selama 15 tahun sebagai pesilat dengan kejayaan merangkul emas di Hanoi.

Ini bakal menjadi pentas terakhir buat juara dua kali pingat emas Sukan SEA itu yang membuat keputusan untuk bersara.

Jelas juara dunia empat kali itu, penyertaan kali ini lebih kepada memberi penghargaan kepada diri sendiri selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam arena silat.

"Kali ini saya nak pergi ke Hanoi tu bertanding di Sukan SEA, bawa balik pingat emas untuk diri saya sendiri, ia sangat istimewa buat saya jadi sebelum ini pastinya saya bawa bendera dan pesaka, untuk berterima kasih untuk diri saya sendiri. Selama 15 tahun bertahan dalam sukan ini," katanya.

Namun jelas atlet berusia 35 tahun itu, temasya kali ini agak mencabar kerana kekurangan pendedahan mengenai kemampuan lawan.

Ia selepas arena sukan suram tanpa kejohanan antarabangsa ekoran pandemik COVID-19.


(Siti Rahmah ketika memenangi emas pada Sukan SEA Singapura 2015 /BERNAMA)

Media Baharu