fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi 2021: Jelson Jabilin-Hanis Nazirul rangkul pingat emas ke-6

(Pencapaian emas keenam itu hasil gandingan atlet terjun negara, Hanis Nazirul dan Jelson Jabilin
menerusi acara terjunan 10 meter platform seirama)


HANOI, 10 Mei- Skuad kontinjen negara terus cemerlang mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul emas keenam bagi temasya Sukan SEA Hanoi.

Pencapaian emas keenam itu hasil gandingan atlet terjun negara, Hanis Nazirul dan Jelson Jabilin menerusi acara terjunan 10 meter platform seirama.

Mereka mengesahkan kemenangan selepas mengumpul keseluruhan 345.93 mata.

Pingat emas keenam yang diraih pada hari ini berjaya mengukuhkan kedudukan kontinjen Malaysia menjelang pembukaan rasmi Sukan SEA Hanoi pada Khamis ini.

Bagi pingat perak menjadi milik Wakil dari Singapura dengan 322.50 mata manakala Vietnam meraih pingat gangsa dengan catatan 251.46 mata.

(Atlet terjun negara, Jellson Jabillin (kiri) bersama gandingannya Hanis Nazirul Jaya Surya (kanan)
ketika beraksi dalam acara 10 meter platform seirama lelaki sempena Sukan SEA 2021
di Pusat Akuatik My Dinh hari ini/FOTO BERNAMA)


Semalam, atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang turut menjadi individu yang menyumbang emas ketiga buat negara selepas tampil cemerlang bagi aksi 1 meter papan anjal individu.

Pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan lagu Negaraku berkumdang pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Setakat ini, Malaysia merangkul enam pingat emas, dan dua lagi masing-masing pingat gangsa dan perak.

Terdahulu, momentum kecemerlangan skuad terjun negara terus terlakar hari ini apabila emas kelima negara disumbangkan atlet terjun, Ng Yan Yee dalam acara akhir 3 meter papan anjal individu wanita.

Media Baharu