fb fb fb fb fb

Sukan Ragbi: Pasukan Bunga Raya mendapat tempat pertama

KANGAR, 30 Mei - Pasukan Ragbi Kebangsaan, Bunga Raya muncul juara bagi Kategori Terbuka pada Kejohanan Ragbi Diraja Perlis Terbuka 7 Sepasukan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Bunga Raya berjaya menewaskan juara bertahan edisi 2019, Jitra Old Boys, 19-0.

Selaku Juara Bunga Raya menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

(Pasukan Ragbi Kebangsaan, Bunga Raya)

Kejohanan tersebut turut menjadi medan terbaik persiapan skuad Bunga Raya yang bakal menyertai Sukan Komanwel di Birmingham dan persiapan skuad bawah 23 tahun menghadapi Sukan Malaysia ke-20 di Kuala Lumpur, September depan.

Kejohanan yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu disertai 25 pasukan.

Media Baharu