fb fb fb fb fb

Fadhil Zonis terus sukar dicabar

NILAI, 30 Mei - Pelumba negara, Fadhil Zonis berjaya mempertahankan pingat emas acara 1 kilometer ujian masa individu pada saingan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekecewaannya yang sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua bagi acara keirin dan pecut.

(Fadhil ketika ditemui pemberita RTM)

"Untuk saya puas hati walaupun saya sprint dan keirin dapat nombor 2, tetapi kesungguhan saya untuk perlumbaan itu saya berpuas hati. Dan hari ini Alhamdullilah acara 1 kilometer dapat pingat emas dengan kesungguhan dan masa agak memuaskan untuk saya punya pencapaian," kata Fadhil di sini.

Terdahulu, Fadhil membawa cabaran Selangor memastikan gelaran kekal menjadi miliknya selepas menamatkan kayuhan dengan catatan masa masa 1 minit 2.719 saat, mengatasi Ridhwan Sahrom dari Johor yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 1 minit 3.885 saat.

Sementara itu, pingat gangsa diraih pelumba Perak, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri dengan catatan masa 1 minit 3.917 saat.

Media Baharu