fb fb fb fb fb

Malaysia buru emas menerusi sukan luncur ais pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Persiapan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) bagi menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Itali kini bertambah baik.

Ia susulan bantuan dana yang diperoleh badan induk tersebut daripada Syarikat Tracol Capital Berhad dalam usaha merealisasikan sasaran Malaysia memburu pingat emas pertama temasya tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Tracol Capitalasia, Datuk Abdullah Hillmee Rifin bantuan dana tersebut itu juga adalah sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihaknya bagi membantu membangunkan sukan luncur ais di Malaysia.

(Hillmee bercakap kepada pemberita RTM di Ibu Negara)

"Kita menyahut kembali seruan daripada kerajaan untuk kita membantu sukan-sukan negara. Kerana kita lihat keadaan sukan kita sekarang ini sangat bergantung. Jadi kenapa tidak sebagai pihak swasta turun padang untuk bersama membantu dan menyokong sukan negara. Kerana yang akan dapat nama baik bukan sekadar sukan, malah Malaysia juga mendapat nama baik," kata Hillmee di sini.

Media Baharu