BUKIT JALIL, 4 November- Tiga rekod kebangsaan dan dua rekod kejohanan berjaya diperbaharui pada hari pertama acara renang, Sukan Para SUKMA MSN 2022 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam.
Dua atlet Pulau Pinang cemerlang memecahkan rekod kebangsaan menerusi Firdaus Fariduddin Noordin dan Muhd Nur Faris Ghazali.
Firdaus Fariduddin bukan sahaja memperbaiki rekodnya pada tahun 2018, malah menghadiahkan emas sulung buat kontinjen negeri itu.
Firdaus Fariduddin memecahkan rekod bagi acara 400 meter lelaki gaya bebas S8 & S9 dengan catatan masa 6 minit 5.70 saat.
(Firdaus Fariduddin Noordin, Atlet renang Pulau Pinang)
Rakan senegeri, Muhd Nur Faris juga cemerlang bagi acara 100 meter lelaki kuak lentang S5 & S6 dengan catatan terbaik 2 minit 12.92 saat.
Sementara itu, Jaflee Jikol dari Sabah berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 100 meter gaya kuak lentang S9.
Jaflee berjaya mencatat masa 1 minit 20.61 saat untuk merangkul emas.
Dua rekod temasya berjaya diperbaharui atlet Negeri Sembilan, Aleeya Fariesya Faizul Rizal dan Abdul Halim Mohammad yang mewakili Sabah.