fb fb fb fb fb

20 peserta tamat Program Kepimpinan ‘Football for All’ - FAM

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Seramai 20 peserta dari 11 negara Asia dan Oceania telah menerima sijil masing-masing selepas menamatkan Program Kepimpinan ‘Football for All’ yang berlangsung dari 5 Mei hingga 9 Mei 2025 di ibu negara.

Majlis graduasi program itu turut diserikan dengan kehadiran Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub yang berkesempatan beramah mesra dengan para peserta.

Sijil graduasi telah disampaikan oleh mantan Presiden FAM yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Malaysia turut diwakili dua peserta iaitu Muhammad Shazrul Izdhar Mohd Shuhaidi dan Muhammad Ampi Daniel Muhammad Hafizi.

‘Football for All’ merupakan program antarabangsa pertama yang direka khusus untuk mempromosikan keterangkuman pekerjaan, keusahawanan dan rangkaian bagi individu orang kurang upaya (OKU) dalam industri sukan, khususnya bola sepak.

Program berkenaan dianjurkan oleh Integrated Dreams dan ditaja oleh FIFA Foundation.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM