BUKIT JALIL, 4 November- Atlet Johor, Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah berjaya mempertahan pingat emasnya dalam acara pecut 100 meter kategori T11/T12 (kecacatan fizikal), Sukan Para SUKMA MSN 2022.
Bagaimanapun, Muhammad Afiq gagal memperbaharui rekod kejohanan yang dicipta pada 2018 di Ipoh.
Jelas Muhammad Afiq, faktor keletihan dengan jadual padat dan cuaca tidak menentu pada edisi kali ini menyebabkannya gagal melakar rekod baharu.
"Edisi kali ini bukan tak biasa lari dalam panas cuma tak cukup rehat daripada saringan separuh akhir pada sebelah pagi," katanya.
(Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, Atlet pecut Johor)
Sasaran Muhammad Afiq selepas ini adalah untuk mempertahankan pingat emas dalam acara 200 meter.