fb fb fb fb fb

EPL: Arsenal berdepan tugas sukar bertemu Chelsea Ahad ini

(Pengurus Pasukan Arsenal, Mikel Arteta / FOTO AFP)

LONDON, 4 November- Arsenal bakal berdepan tugas sukar bagi mengekalkan kedudukan di persada liga apabila melayani kunjungan Chelsea ahad ini.

Ketika ini, Arsenal kekal di tangga pertama liga dengan berkelebihan dua mata berbanding Manchester City, selaku juara bertahan.

Chelsea yang ketinggalan 10 mata selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, tidak mampu untuk kehilangan lebih banyak mata jika ingin terus mencabar kejuaraan.

“Kami berada dalam situasi dimana perlu mendapatkan keputusan, kami kehilangan pemain utama dari segi Wesley Fofana dan Reece James dan sentiasa ada sedikit kestabilan yang terjejas apabila itu berlaku", kata Pengurus Chelsea, Graham Potter.

 

(Pengurus pasukan Chelsea, Graham Potter/ FOTO AFP)

Chelsea dijangka kehilangan bek kiri Ben Chilwell yang terpaksa dikeluarkan pada pertemuan dengan Dinamo Zagreb Rabu lalu akibat kecederaan hamstring sekali gus menyukarkan harapannya bagi beraksi di Piala Dunia Qatar 2022.

Perlawanan lain pula menyaksikan, Liverpool pasukan di tangga kesembilan liga, bakal berdepan Tottenham Hotspurs yang bakal kehilangan beberapa pemain utama seperti penyerang, Son Heung-Min, Dejan Kulusevski dan Richarlison.

Perlawanan Liga Inggeris bakal dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada pertandingan Piala Dunia 2022 di Qatar yang bakal bermula pada 20 November hingga 18 Disember ini.

Media Baharu