fb fb fb fb fb

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan hujung Disember ini secara maya

KUALA LUMPUR, 4 November - Acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) bakal berlangsung pada hujung Disember ini secara maya.

Ia diumumkan Malaysian Football League (MFL) hari ini menerusi hantaran di media sosialnya.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberi pengiktirafan dan pencapaian yang diraih pelbagai pihak dalam arena bola sepak tanah air terutamanya pemain dan jurulatih.

Berbanding musim 2021 yang menyaksikan pertandingan Piala FA tidak berlangsung susulan impak pandemik COVID-19

Musim 2022 pastinya menjanjikan persaingan yang lebih menarik apabila semua pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Liga Premier dan Piala FA berjalan dengan jayanya, manakala saingan Piala Malaysia kini sedang rancak berlangsung.

(Jurulatih terbaik antara kategori yang dipertandingkan
dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022/FOTO FB MFL)

Bagi tahun ini, 16 kategori anugerah dipertandingkan termasuk Penjaring Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Menariknya tahun ini, Anugerah Kasut Emas akan diberikan kepada penjaring terbanyak mengikut kategori masing-masing.

Terdapat juga kategori baharu iaitu Kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 yang akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.

Tarikh sebenar siaran langsung majlis ABK22 akan diumumkan kemudian.

Media Baharu