fb fb fb fb fb

Peng Soon, Yee See undur diri tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR, 4 November - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus kehilangan pemain beregu campuran skuad kebangsaan.

Ini selepas tiga pemain di bawah naungannya membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu mulai 30 November ini.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh hari ini mengesahkan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon antara yang telah membuat keputusan untuk keluar dari pasukan kebangsaan.

Jelas Datuk Kenny, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Peng Soon untuk kekal di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Namun pemain berusia 34 tahun itu merasakan ini adalah masa terbaik untuk mengundur diri dan fokus kepada akademiknya.

“Beliau berasa ini adalah masa yang sesuai untuk keluar. Walaupun Peng Soon tak berapa gembira dengan prestasinya, tetapi beliau telah banyak beri sumbangan dalam membantu pemain muda di BAM. Kita juga cuba pujuk Yee See untuk kekal dengan memberitahu perancangan untuk beliau selepas ini.

“Beliau kemudian meminta masa untuk fikir dan kita baru terima keputusannya yang beliau tetap mahu keluar. Beliau tidak memberi sebab, cuma beliau rasa faktor umur dah sampai masa untuk keluar,” katanya pada sidang media di ABM.

Selain Peng Soon, rakan gandingannya Cheah Yee See dan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Peck Yen Wei juga membuat keputusan sama.

Peng Soon dan Yee See yang mula digandingkan pada Jun lepas dan pencapaian terbaik mereka adalah suku akhir Terbuka Vietnam, pada September lepas.

Media Baharu