fb fb fb fb fb

Aminul Islam presiden baharu Lembaga Kriket Bangladesh

Foto FB BCB

DHAKA, 1 Jun - Bekas kapten pasukan kriket Bangladesh Aminul Islam, telah dilantik sebagai Presiden Lembaga Kriket Bangladesh (BCB) yang baharu menggantikan penyandang Faruque Ahmed.

Menurut Aminul, ia pencapaian tertinggi dalam penglibatannya dalam sukan kriket selepas mengetuai pasukan Bangladesh dalam penampilan pertama mereka di Piala Dunia pada tahun 1999.

Sejak bersara, beliau aktif dalam pembangunan sukan itu menerusi peranan penting di Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) dan Majlis Kriket Asia (ACC).

Dengan pengalaman luas di dalam dan di luar padang, Aminul diharapkan mampu membawa nafas baharu kepada kriket Bangladesh yang kini dalam fasa pemulihan.

"Saya akan gunakan pengalaman saya untuk cuba mengembalikan kegemilangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan negara ini suatu masa dahulu," ujarnya.

Pasukan yang pernah disegani lawan kini sedang bergelut dengan prestasi hambar, termasuk kekalahan memalukan dalam siri T20 menentang Emiriah Arab Bersatu Mei lalu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN