SEREMBAN, 1 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi dinobatkan juara keseluruhan baharu Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga hari ini.
DUN Paroi berjaya memenangi tiga pingat emas bagi sukan Bola Jaring, Snooker dan Badminton selain memenangi dua pingat gangsa dalam acara E-Sport dan ping pong .
Selaku juara, kontingen Paroi membawa pulang piala dan wang tunai berjumlah RM6,000.