fb fb fb fb fb

APG 2022: Malaysia berjaya raih 39 pingat

President Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin (tengah) menunjukkan angka 39 simbolik pingat yang telah dicapai oleh atlet para negara/BERNAMA

HANGZHOU, 28 Oktober- Kontinjen para negara mengakhiri saingan temasya Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou dengan memperolehi 39 pingat buat negara.

Ia melebihi jumlah 35 pingat yang disasarkan sebelum ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, K M Rajendran berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamerkan pada edisi ke-4 ini dengan memungut 7 pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa.

Beliau akan mengadakan satu perjumpaan dengan beberapa pihak bagi membincangkan langkah memperbaiki prestasi atlet bagi sukan Paralimpik Paris 2024, tahun depan.

“Saya dapat lihat banyak negara mempamerkan peningkatan kerana mereka menumpukan program pembangunan untuk atlet para negara masing-masing. Apabila kita pulang nanti, kita perlu buat satu perbincangan dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan untuk memperbaiki program-program yang kita ada.

"Ini sangat penting untuk persiapan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti", katanya dalam Sidang Media Rumusan Prestasi kontinjen Negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

Atlet para negara juga cemerlang apabila berjaya memecahkan rekod temasya menerusi acara larian 400 meter dan angkat berat 72 kilogram.

Prestasi yang ditampilkan oleh kontijen para negara kali ini ada satu perkara yang membanggakan negara.

Laporan: Wartawan Amirul Aizad Mohd Shafie

ROSLINA BINTI DIN