fb fb fb fb fb

APG 2022: Kejayaan atlet para, MPM optimis mampu raih lebih pingat di Paris 2024

President Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin/BERNAMA

HANGZHOU, 28 Oktober- Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin menyifatkan kejayaan kontinjen negara di Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou kali ini, boleh dijadikan pengukur untuk Sukan Paralimpik Paris tahun hadapan.

Beliau memaklumkan pihaknya memiliki perancangan jangka masa panjang bagi persiapan atlet baharu supaya mampu mencapai kejayaan akan datang.

Beliau juga optimis Kontinjen Para Negara mampu meraih lebih banyak pingat emas pada temasya akan datang.

"Kebanyakan atlet adalah atlet baharu, saya percaya ini adalah pelapis kita dan banyak lagi pelapis pada masa akan datang. Sudah tentu bukan sahaja pelapis di Paris sudah ada, juga di Los Angeles dan di Brisbane Australia.

"Jadi, saya percaya untuk kita meraih lebih banyak pingat emas terutama di Paralimpik adalah mungkin di Los Angeles, insya-Allah dan mungkin yang terbaik yang kita akan dapat insya-Allah di Brisbane Australia", katanya dalam sidang media Rumusan Prestasi Kontijen negara di Sukan Para Asia Hangzhou, China.

Kontinjen negara berjaya mengumpul keseluruhan 39 pingat terdiri daripada tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat.

ROSLINA BINTI DIN