fb fb fb fb fb

SOJC: Skuad muda negara gagal kutip mata selepas tewas kali kedua

Skuad remaja negara (Young Tigers) terus gagal mengutip mata pada perlawanan kedua menentang juara bertahan, India selepas tewas 1-3

JOHOR BAHRU, 28 Oktober - Skuad remaja negara (Young Tigers) terus gagal mengutip mata pada perlawanan kedua menentang juara bertahan, India selepas tewas 1-3 dalam perlawanan kumpulan B di Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, malam ini.

Selepas gagal mengutip mata semasa menetang New Zealand pada aksi pertama, anak buah Amin Rahim menampilkan persembahan lebih meyakinkan dan mendahului pada minit ke-13.

Jaringan terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Syahmie Irfan Suhaimi.

India kemudiannya mula melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia dan berjaya mengikat kedudukan melalui jaringan padang, 

Lalage Aditya Arjun pada minit ke-28. Lakra Amendeep menambah jaringan India pada minit ke 37, kali ini melalui pukulan sudut penalti.

Gol Malaysia bolos lagi pada minit ke-54 , juga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Rohit.

Kekalahan kali kedua meletakkan skuad muda negara di kedudukan terakhir kumpulan B, sementara India di tangga teratas dengan 4 mata dikuti Pakistan juga dengan 4 mata.

Dalam pada itu, Amin tetap berpuas hati dengan persembahan pemain walaupun masih perlu memperbaiki dari segi serangan pukulan sudut penalti dan tumpuan ketika bertahan.

Beliau akan mengambil peluang rehat 2 hari untuk para pemain pulih semula terutama tonggak utama yang cedera.

Walaupun peluang merebut slot separuh akhir telah terkubur, beliau tetap berharap pemain akan mampu menampilkan persembahan terbaik untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Pada aksi pembuka tirai semalam, Malaysia tewas 2-3 kepada New Zealand manakala India dan Pakistan seri 3-3.

Aksi seterusnya Malaysia menentang Pakistan, pada Selasa nanti.

GRACE AISYAH KEDAYAN