fb fb fb fb fb

Sukan Malaysia ke-20: Kontinjen WP mahu rampas gelaran juara dari Terengganu

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Menjelang Sukan Malaysia ke- 20 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 September ini, tuan rumah, Kontinjen Wilayah Persekutuan diletakkan sasaran merampas gelaran juara keseluruhan daripada Terengganu.

Sasaran itu diumumkan Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau turut memaklumkan kontinjen tuan rumah akan diperkuatkan dengan 603 atlet terdiri daripada 351 lelaki dan 252 wanita.

Ujarnya, kontinjen Wilayah Persekutuan akan mengambil bahagian dalam kesemua 31 sukan yang dipertandingkan, selain dua sukan demonstrasi iaitu silambam dan kabaddi.

"Persiapan juga kini telah mencapai tahap 90 peratus dengan setiap atlet terlibat menjalani latihan fasa terakhir," katanya.


(Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim/ BERNAMA)

Pada edisi ke-19 di Perak, Wilayah Persekutuan menamatkan cabaran di kedudukan kedua dengan 52 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa.

Media Baharu