fb fb fb fb fb

1,000 peserta bakal sertai Kejohanan Terbuka Silat Gayong Malaysia

PUNCAK JALIL, 31 Ogos - Seramai 1,000 peserta bakal menyertai Kejohanan Terbuka Silat Gayong Malaysia yang akan diadakan di Ara Damansara pada 9 hingga 10 September ini.

Guru Latih Kanan, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Rizal Husin berkata kejohanan itu akan lebih memfokuskan kepada corak persembahan dan silibus.

Menurut Rizal, kejohanan itu juga terbuka kepada penggiat seni silat lain dalam kategori corak persembahan.

(Guru Latih Kanan, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Rizal Husin)

"Pemarkahan mereka akan dinilai pada sejauh mana keaslian silat itu sendiri yang mereka pamerkan sebab pertandingan kali ini bercorak persembahan dan silibus sebab kita nak kembalikan identiti silat kita balik dan kita buat pada yang asli, itu yang kita pakai," katanya ketika ditemui selepas sambutan Merdeka Pendekar Muda PSSGM 2022, di sini.

Dalam kejohanan kali ini, satu kategori baharu diperkenalka iaitu pra kanak-kanak yang berusia 9 tahun ke bawah.

Media Baharu