fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Skuad terjun negara optimis bawa pulang emas

(FOTO HIASAN)

SEPANG, 30 Julai - Skuad terjun negara optimis mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkata meskipun telah membuat persiapan rapi bersama pasukan, beliau tidak memandang rendah cabaran yang bakal dihadapi dan mahu melakukan yang terbaik buat negara.

(Datuk Pandelela Rinong ditemui di KLIA sebelum berlepas ke Birmingham)

"Komanwel ini pun bukan calang-calang punya pertandingan, jadi saya pun kena usaha lagi sebab pertandingan disitu penerjun dia pun dah lain jadi mengikut saya punya pengalaman apa2 pun boleh terjadi.

"Jadi saya akan berikan yang terbaik dan berharap tuah berpihak kepada saya saya dan pasukan terjun negara," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Birmingham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Tambah Pandelela, kejayaan meraih gangsa bersama Dhabitah dalam acara 10m platform seirama di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, bulan lalu menjadi tonik tambahan buat dirinya untuk menghasilkan keputusan cemerlang di Birmingham.

Media Baharu