fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel : Ping Pong tutup gelanggang, puas hati dua pingat perak

BIRMINGHAM, 8 Ogos- Harapan untuk melihat pingat emas Komanwel pertama dalam acara Ping Pong tidak kesampaian.

Gandingan beregu campuran Choong Javen dan Karen Lyne Dick tewas dalam aksi penentuan pingat emas kepada pasangan India, Sharath Kamal Achanta dan Sreeja Akula dengan keputusan 1-3.

Tewas mudah 4-11 pada set pertama, pasangan negara yang berada pada ranking ke-175 dunia kembali bangkit menang set kedua dengan keputusan 11-9.

Gandingan India bagaimanapun kembali menguasai set ketiga dengan kemenangan 11-5.

Javen dan Karen Lyne terus tenggelam pada set keempat dan akur tewas 6-11.

Skuad Ping Pong negara menutup penampilan pada temasya Komanwel kali ini dengan menyumbang dua pingat perak.

Terdahulu, satu lagi pingat perak diraih menerusi acara berpasukan wanita.


(Choong Javen dan Karen Lyne Dick tewas dalam aksi penentuan pingat emas berdepan wakil India)

Media Baharu