fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel : Dhabitah senyum raih perak kedua

BIRMINGHAM, 8 Ogos- Atlet terjun , Nur Dhabitah Sabri menambah pungutan pingat buat negara, apabila sekali lagi meraih perak dalam acara 3 meter papan anjal wanita.

Dhabitah mencatat keseluruhan 330.90 mata, ketinggalan hampir 15 mata dibelakang pemenang pingat emas, Maddison Keeney dari Australia.

Dhabitah menampilkan aksi cemerlang terutama pada terjunan kedua dengan catatan 74.40 mata.

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun hilang fokus pada terjunan keempat apabila hanya berjaya mencatat 55.50 mata.

Beliau bagaimanapun bangkit pada terjunan terakhir mencatat 67.50 mata sekaligus mengesahkan pingat perak kedua peribadi pada temasya kali ini.

Sementara itu seorang lagi wakil negara, Ong Ker Yie sekadar menamatkan saingan di kedudukan terakhir selepas mengumpul keseluruhan 231.60 mata.


(Nur Dhabitah Sabri mengutip perak kedua dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita)

Media Baharu