fb fb fb fb fb

Johor International Petanque Men and Women Double sasar 900 peserta, bakal terpahat dalam MBOR

JOHOR BAHRU, 8 Ogos- Seramai 900 atlet tempatan dan antarabangsa disasarkan untuk menyertai aksi Johor International Petanque Men and Women Double, pada
27 dan 28 Ogos ini.

Kejohanan julung kali diadakan di Arena Petanque MBJB Tampoi Utama dan Arena Petanque Impian Emas, di Johor Bahru itu, juga sebagai persediaan kepada pemain-pemain tempatan yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia 2022, September depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Datuk Onn Jabbar berkata, antara pemain yang bakal beraksi adalah empat atlet kebangsaan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Sea Hanoi Vietnam, Mei lalu.

Kejohanan itu turut disertai atlet-atlet dari Thailand, Denmark, Australia, Perancis dan Filipina.

"Kejohanan ini menyasarkan sebanyak 900 peserta iaitu gandingan atlet dari Malaysia serta luar negara dan akann direkodkan dalam Malaysia Book of Record bagi kategori penyertaan teramai sukan petanque," katanya.

Setakat ini, 834 atlet sudah mengesahkan penyertaan.

Malaysia akan menghantar 626 atlet yang akan bertanding kategori terbuka lelaki dan wanita.


(Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Datuk Onn Jabbar)

Media Baharu