fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel 2022: Skuad terjun fokus kekalkan momentum

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Menjelang Temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England bermula 28 Julai hingga Ogos depan. Skuad Terjun Kebangsaan kini bersedia memberi persembahan terbaik dengan mengekalkan momentum sedia ada.

Ratu Terjun Kebangsaan Datuk Pandelela Rinong sasaran mereka adalah memberikan cabaran pada lawan serta kekalkan teknik sedia ada dengan elakkan sebarang kecederaan sepanjang tempoh tiga minggu sebelum temasya bermula.

 
(Ratu Terjun Kebangsaan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri ketika ditemui media di sini)

"Kita mahukan sokongan pasukan fisioterapi, perubatan untuk memantau kami di sana termasuk barisan kejurulatihan juga mampu memberikan keputusan yang baik kepada kami nanti," kata Pandelela di sini.

Tambahnya beliau tidak gusar dengan keciciran pingat yang diletakkan oleh Majlis Olimpik Malaysia MOM pada pasukannya dengan kini berada di landasan positif.

Bagi Nur Dhabitah Sabri fokusnya adalah sentiasa melakukan latihan dan displin tinggi serta melakukan cubaan terbaik dengan dalam terjunan yang mantap untuk persiapan akhir ini.

"Seperti saya katakan adalah fokus pada latihan untuk pembangunan diri kerana kita tahu pada kejohanan dunia baru-baru ini segalanya kemungkinan akan berlaku dan berubah, sesiapa sahaja boleh menang. Hanya kita perlu fokuskan pada pertandingan dengan lakukan yang terbaik" kata Dhabitah di sini.

Dhabitah menjelaskan pengalaman melalui pada kejohanan dunia disertai baru-baru ini sebagai pra-persiapan fokus ke komanwel tidak lama lagi dengan perbaiki

Mereka ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA di Sepang selepas pulang dari Hungary dengan raih dua pingat gangsa 10 meter platform wanita dan 10 meter seririama wanita berpasangan di sana.

Media Baharu