fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel 2022: Nurul Izzah bakal gegar Valodrom Lee Valley VeloPark

NEGERI SEMBILAN, 6 Julai - Mengambil inspirasi dari kejayaan jaguh berbasikal negara Datuk Muhd Azizulhasni Awang.

Pelumba berbasikal wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri berikrar akan menggegarkan Valodrom Lee Valley VeloPark pada penampilan sulungnya di sukan Komanwel Birmingham hujung bulan ini.

Selain itu, kejayaan memenangi pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) bulan lalu, nyata memberi suntikan semangat kepada beliau untuk terus mencipta kejayaan di pentas lebih besar.

 
(Pelumba berbasikal wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri)

Pelumba kelahiran Kedah berusia 19 itu menegaskan beliau lebih selesa berlumba dalam acara 500 meter.

Namun untuk ke Komanwel ini, ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley belum memutuskan acara yang akan di sertai beliau.

"Untuk Komanwel ini saya tidak pasti lagi, yang sebelum ini saya masuk empat acara, saya masuk team sprint , sprint, keiring dengan acara 500 meter," katanya kepada media di sini.

Selain beliau, cabaran skuad berbasikal negara turut di galas Shah Firdaus, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Ridwan, Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan di Sukan Komanwel yang membuka tirainya pada 28 Julai ini.

Media Baharu