fb fb fb fb fb

Sukan karate raih dua pingat emas, jadikan 26 pingat emas keseluruhan Malaysia setakat ini

HANOI, 18 Mei - Malaysia kini telah mengumpul 26 pingat emas setakat pukul 8 malam tadi dan terbaharu, dua pingat emas diraih kontinjen Malaysia menerusi sukan karate.

Dua pingat emas karate diperoleh menerusi acara iaitu Kumite bawah 67 kilogram lelaki dan Kumite bawah 50 kilogram wanita.

C. Shahmalarani dan S. Sureeya muncul wira menyumbang kedua-dua emas itu.


(Atlet karate wanita negara, C. Shahmalarani memenangi pingat emas acara Kumite bawah 50 kilogram wanita)

Dalam saingan Kumite bawah 50 kilogram wanita menyaksikan Shahmalarani meraih pingat emas selepas lawannya dari Thailand tidak dapat meneruskan aksi final akibat kecederaan.

Terdahulu, kem karate negara menghadiahkan pingat emas ke-25 menerusi Sureeya yang mengungguli acara akhir 67 kilogram lelaki menewaskan atlet Indonesia dengan keputusan 5-3.

Media Baharu