fb fb fb fb fb

Liga Super: Pahang hampir cabut taring JDT

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei- Perlawanan tunggal Liga Super antara Johor Darul Takzim, JDT dan Sri Pahang FC malam tadi.

Pendahulu Liga, JDT sekadar seri dua sama ke atas Sri Pahang FC dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sekaligus meleburkan rekod 5 kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga, musim ini.

Tuan rumah bermula garang bagi memburu gol awal, dan berjaya didepan menerusi rembatan Bergson Da Silva pada minit ke-17.

Bagaimanapun, kealpaan pertahanan JDT, dihukum pelawat apabila Saiful Jamaluddin bijak meledak rembatan luar kotak penalti, bagi mengikat kedudukan satu sama, pada minit ke-38.

Belum sempat Harimau Selatan mengatur gerak menghasilkan gol kedua, Sri Pahang sekali lagi mengejutkan JDT apabila dihadiahkan sepakan penalti.

(Aksi JDT menentang Pahang di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri / BERNAMA)

Manuel Hidalgo yang diberi tanggungjawab, berjaya menewaskan Farizal Marlias untuk pelawat didepan, 2-1.

Keputusan Benjamin Mora menguatkan jentera serangan akhirnya membuahkan hasil apabila pengadil, Ahmad Zuhaidi menghadiahkan penalti kepada JDT.

Bergson sekali lagi mencetak nama selaku penjaring, untuk mengikat kedudukan dua sama, pada minit ke-88 dan keputusan kekal sehingga tamat permainan.

Media Baharu